Sunday, October 24, 2010

minggu kedua plak

Setelah seminggu berlalu, aku dan kawan-kawan aku masih sedikit kekok terutamanya yang lelaki, dengan ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan kami harungi seadanya. Pada minggu ini, kami diberi tunjuk ajar untuk corrective make up. solekkan jenis ini adalah untuk menyembunyikan ataupun menampakbetulkan segala cacat cela yang berada di permukaan wajah dan menyekatakan tona warna kulit.perkara yang harus dimulai terlebih dahulu adalah dengan mengenalpasti dimana cacat cela yang berada di permukaan wajah. selain itu harus mengetahui kelebihan (positif) dan kekurangan (negatif) wajah. Antara perkara yang kita kena buat adalah kenali bentuk muka kita. Menurut kajian, terdapat 6 jenis bentuk wajah yang ada pada setiap manusia:

Bulat,Panjang,Segi empat,Berlian,Bujur, dan Trangular

Seterusnya, fungsi Corrective Make-up adalah untuk yang pertamanya bagi menyekatakan warna tona kulit. Ini amat penting untuk wajah kelihatan lebih bermaya. Kedua adalah untuk membetulkan keluasan dahi. Penting untuk kesesuaian watak yang hendak kita jadikan. Seterusnya adalah untuk membetulkan mata yang jarak jauh/dekat, dan juga membetulkan saiz hidung agar kelihatan lebih mancung. Juga berfungsi untuk menghighlight bahagian-bahagian tulang rahang. Seterusnya adalah bagi menampakkan garisan rahang dan turut membantu untuk membesar/mengecilkan saiz bibir.

Antara perkara yang paling penting dalam melakukan make up jenis ini adalah shading dan highlight. Terdapat beberapa perkara yang perlu dalam melakukan perkara ini. Untuk shading kita gunakan warna foundation yang lebih gelap seperti jenis Negro manakala bagi Highlight kita mesti menggunakan warna yang lebih cerah seperti jenis 070. Selain itu, foundation warna biru/hijau selalunya bertujuan bagi menghilangkan kesan lingkaran dibawah mata. Terdapat dua warna utama iaitu hijau bertujuan untuk menghilangkan kemerahan dimuka dan warna oren selalunya digunakan untuk menyembunyikan garisan hijau/biru di muka. Selain itu warna kuning untuk menghilangkan kemerahan dimuka dan warna Ungu pula adalah untukmenyembunyikan kulit yang kusam.

Wednesday, July 28, 2010

minggu pertama make up

(muka aku lepas aku sambung make up sebelah lagi )

(solekan separa oleh lec aku)

(sebelum aku kena make up)


(antara peralatan2 make up aku)


salam.. minggu pertama aku dan sahabat2 berkenalan dengan peralatan2 yang akan menjadi penggerak kepada kelas make up aku untuk semester ini.. sebelum memulakan sesi make up ini, aku dan rakan sekelas diperkenalkan dengan alat2 yang di gunakan untuk make up.. antaranya ialah:
  • refill chinese
  • refill negro
  • refill 070
  • refill 4w
  • loose powder TL4
  • eyebrow/eyeliner pencil (black)
  • pink sponge
  • latex sponge
  • stipple sponge
  • spatula
  • make up brush (full set)
  • pallette kecil (putih)
  • berus nilon (4 batang)
  • water spray

setelah kami mengenali apa dan siapa segala peralatan yang di perlukan, lec kami memerlukan seorang model,(ha3) kerana aku duduk di hadapan sekali aku pun merelakan diri. setelah segala peralatan di keluarkan, aku duduk di tempat yang disediakan. sebelum itu kena ambil gambar dulu, untuk sebelum dan selepas. ini muka aku sebelum di make up kan..(ha2), tak handsome pun, cuma terlebih kiut.(tengok kat atas k..)

selepas itu, lec aku pun mulakanlah sesi amali. di mulakan dengan merenjis muka aku dengan air, tujuannya untuk mendapatkan lebih kesegaran. then, mula campurkan refill chinese dan refill 4w dengan nisbah 2:1. lepas tu g bancuh atas pallette kecil (aku tak beli g, gna mozek putih). then g sapu kat muka aku hanya separa wajah aku je, sebab sebelah lagi aku kena sambung sendiri. "pastikan korang sapu denagn rata k!",kata lec aku kat geng2 lain sambil tangan dia gagah melumurkan muka aku dengan hasil bancuhan tadi(ha3).

sebaik sahaja semua dah sekata di sebahagian muka aku, masa untuk meletakkan loose powder pulak. nak guna benda tu mesti dalam kadar yang sesuai agar muka kita tak terlampau "putih" or pucat semacam. kena pandai agak2 when nak guna benda alah tu. habis muka aku kena tampal dengan powder tu, when dah betul2 sekata, lec aku g wat eyeliner kat mata aku, keluar airmata emas, al maklumlah tak biasa. pesanan dia, pastikan permukaan di bawah mata warna dia sama dengan tempat lain sebab orang lain selalu lupa bahagian tu, sebab tu lah banyak orang nampak macam dah kena belasah(lebam). so, hasil dia dah siap, then aku kena sambung separuh lagi muka aku.

hasil daripada didikannya aku pun try wat, even ini kali pertama aku pegang benda2 ini semua. aku buat satu persatu seperti yang di ajar dan bila aku tak faham aku tanya balik. dan hasilnya seperti yang terpampang kat atas tu.

walaubagaimanapun. minggu ini aku rasa ini adalah pengalaman baru wat aku. kalau tak ada kelas nie bila lah aku nak wat sendiri kan, so aku harap aku akn jadi lebih mahir pada minggu2 akan datang.