Setelah seminggu berlalu, aku dan kawan-kawan aku masih sedikit kekok terutamanya yang lelaki, dengan ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan kami harungi seadanya. Pada minggu ini, kami diberi tunjuk ajar untuk corrective make up. solekkan jenis ini adalah untuk menyembunyikan ataupun menampakbetulkan segala cacat cela yang berada di permukaan wajah dan menyekatakan tona warna kulit.perkara yang harus dimulai terlebih dahulu adalah dengan mengenalpasti dimana cacat cela yang berada di permukaan wajah. selain itu harus mengetahui kelebihan (positif) dan kekurangan (negatif) wajah. Antara perkara yang kita kena buat adalah kenali bentuk muka kita. Menurut kajian, terdapat 6 jenis bentuk wajah yang ada pada setiap manusia:
Antara perkara yang paling penting dalam melakukan make up jenis ini adalah shading dan highlight. Terdapat beberapa perkara yang perlu dalam melakukan perkara ini. Untuk shading kita gunakan warna foundation yang lebih gelap seperti jenis Negro manakala bagi Highlight kita mesti menggunakan warna yang lebih cerah seperti jenis 070. Selain itu, foundation warna biru/hijau selalunya bertujuan bagi menghilangkan kesan lingkaran dibawah mata. Terdapat dua warna utama iaitu hijau bertujuan untuk menghilangkan kemerahan dimuka dan warna oren selalunya digunakan untuk menyembunyikan garisan hijau/biru di muka. Selain itu warna kuning untuk menghilangkan kemerahan dimuka dan warna Ungu pula adalah untukmenyembunyikan kulit yang kusam.
ini sahaja?
ReplyDeleteresultnye pun ini saja.